Cara Buat Staf Sayang Ketua & Fokus Target
Sebagai pemilik bisnes, kita semua pernah rasa geram bila staf tak ikut arahan atau apa yang diajar.
Contoh mudah yang saya masih ingat adalah bila pengurus dapur dan pasukannya tak ikut Standard Operating Procedure (SOP) untuk stesen di dapur kami.
Mereka fikir cara mereka lebih baik. Walaupun kadang-kadang cara mereka berkesan, tapi ia tak konsisten dengan nilai jenama kita, terutama untuk menarik pelanggan tetap.
Kadang-kadang, perkara mudah seperti suruh staf senyum kepada pelanggan pun tak dilakukan.
Contoh seperti ini buat business owner kecewa.
Kesan Masalah Ini
Bila perkara macam ni berlaku, pemimpin—bergantung pada tahap pengalaman—akan ambil tindakan positif atau negatif.
Tindakan negatif seperti kerap menyalahkan staf, walaupun mereka buat benda betul, atau beri layanan dingin.
Bila ini berlaku, timbul konflik, kemarahan, dan gosip di kalangan pekerja, yang akhirnya merosakkan hubungan antara staf dan majikan.
Akibatnya?
Pekerja mula buat kerja sambil lewa, morale menurun, dan hubungan staf-majikan jadi tegang.
Jadi, bagaimana kita boleh ubah keadaan ini ke arah yang lebih positif?
Penyelesaian #1: Delegasi Jelas dalam Kandungan dan Konteks
Sebenarnya, 80% daripada masalah ini berpunca dari kelemahan pemimpin dalam cara delegasi.
Delegasi bukan sekadar memberitahu apa yang perlu dibuat, tetapi bagaimana untuk melakukannya.
Ini memerlukan pemahaman mendalam tentang dua perkara: kandungan dan konteks.
- Kandungan - adalah langkah-langkah terperinci untuk menyelesaikan tugas.
- Konteks - pula adalah cerita di sebalik tugas, iaitu kenapa ia penting kepada syarikat, pelanggan, dan pasukan.
Sebagai contoh, jika kita serahkan tugas kutipan hutang, mengajar langkah-langkahnya adalah kandungan.
Tetapi, menjelaskan bagaimana kelewatan kutipan boleh menjejaskan aliran tunai syarikat, gaji pekerja, dan masa depan syarikat sehingga perkara itu dirasai sebagai kesakitan atau nikmat kepada pekerja adalah konteks.
Ini membantu pekerja faham kepentingan tugas mereka dan bertanggungjawab.
Ramai pemimpin hanya beri arahan tanpa beri cerita penuh.
Atau hanya memberitahu cerita tanpa sebarang perasaan dirasai oleh pekerja.
Ini menyebabkan konflik dan boleh tentukan sama ada tugas dijalankan dengan baik atau tidak.
Penyelesaian #2: Buat “Shadowing” Bukan Training
Tak cukup dengan hanya beri arahan atau latihan, sesetengah pemimpin fikir itu sudah memadai.
Dalam industri, latihan hanyalah menyampaikan pengetahuan. **Shadowing** (meniru) pula memastikan pekerja buat seperti yang kita buat.
Bila anda "shadow" pekerja, mereka tengok apa yang anda buat, ulang apa yang anda buat, dan anda beri maklum balas sehingga hasilnya sama.
Pendekatan ini memastikan cara dan hasil kerja konsisten dengan apa yang pemimpin mahu.
Ramai pemimpin tak luangkan masa untuk memastikan staf mereka tiru cara mereka dengan betul.
Ini sebab utama kenapa banyak perkara tak menjadi, dan pekerja mula rasa tak disokong atau tidak cukup bimbingan.
Dengan “shadowing”, pekerja lebih yakin dengan kebolehan mereka untuk mencapai jangkaan majikan.
Penyelesaian #3: Kebolehan HR untuk Kenal Pasti Pemimpin yang Kompeten
Walaupun dengan delegasi jelas dan “shadowing” yang betul, kejayaan masih bergantung pada kemampuan pemimpin.
Jika pemimpin yang hebat itu berhenti, maka terhenti juga kehebatan syarikat itu.
Di sinilah HR memainkan tugas hakiki untuk kenal pasti bila seorang pemimpin tak kompeten dan mengambil tindakan untuk membetulkannya.
Sayangnya, banyak syarikat SME tak mampu sebab HR mereka kekurangan pengalaman.
Hanya HR yang mempunyai pengalaman merentasi pelbagai jabatan berlainan serta mempunyai pengalaman dari aspek perniagaan / industri yang mampu lihat kekurangan seorang pemimpin.
Pekerja HR yang mempunyai skill ini adalah amat mahal kerana pengalaman merentasi 15 tahun dengan nilai gaji melebihi RM 15,000 sebulan.
Tapi, dengan menggunakan **Kerangka PeopleWorks**, anda boleh setidak tidaknya kenal pasti kelemahan pengurus secara sendiri. Perkara ini diterangkan dalam posting saya sebelum ini - Senang Dapat Staf Hebat.
Tindakan Anda: Tetapkan Target dengan Jelas
Bayangkan menetapkan sasaran untuk seseorang yang tak faham kenapa mereka perlu buat sesuatu atau tak pernah diajar dengan betul.
Pasti gagal.
Orang akan gembira mencapai target bila mereka ada kejelasan dalam **kandungan** dan **konteks**.
Kalau HR anda boleh kesan dan bertindak terhadap masalah ini, anda tak perlu bergantung pada nasib.
Dengan pemimpin yang berkompeten, syarikat anda akan terus berkembang walaupun orang penting meninggalkan syarikat.
Join Sesi Teh Tarik Secara Percuma Untuk Kami Olahkan Teknik Atas
Di PeopleWorks.ai, kami automatik kesan ciri-ciri kepimpinan ini untuk pelanggan kami melalui perkhidmatan HR yang dikuasakan oleh AI.
- **Kerangka PeopleWorks** telah membantu banyak syarikat mencipta suasana kerja yang lebih gembira dan sehaluan di mana pekerja benar-benar menghormati pemimpin mereka dan bekerja dengan cemerlang
- Kami juga ada teknik **shadowing** yang terbukti berkesan untuk ramai pelanggan kami. Dengan memberi arahan yang jelas dan mencipta persekitaran yang menyokong, syarikat-syarikat ini telah melihat peningkatan ketara dalam penglibatan pekerja dan pencapaian sasaran.
Saya ingin berkongsi lebih lanjut bagaimana anda boleh melaksanakan strategi ini dalam syarikat anda semasa sesi **Coffee Talk** kami.
Sesi ini percuma, dan kami akan memberi anda pandangan praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam bisnes anda.
Kenapa Kami Lakukan Ini Secara Percuma?
Ini bukan sekadar promosi. Sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami, kami percaya dengan membantu menyelesaikan masalah HR yang paling sukar untuk pelanggan, kita juga boleh memberi manfaat kepada komuniti perniagaan.
Berkongsi ilmu ini membawa kebaikan kepada semua pihak.
Jika anda berminat untuk menghadiri sesi Coffee Talk kami dan belajar bagaimana untuk mencipta tempat kerja yang lebih bahagia dan cekap, daftar di bawah.
Ia percuma, dan anda akan dapat alat praktikal yang boleh anda guna terus.