Ramuan Bagi HR Tak Buat Silap & Buat Kerja Betul

Sabrie
Sep 19, 2024By Sabrie

Sebagai pemilik bisnes, kita sering rasa tertekan bila HR kita buat salah dalam kiraan gaji, atau tak nampak hasil dari kerja mereka.

Kami akan bantu anda faham masalah utama yang biasa dihadapi dalam pengurusan HR, dan cara mudah untuk selesaikannya.

 Masalah #1: Gaji Salah, Pekerja Tak Puas Hati

Pernah tak gaji pekerja salah kira, dan mereka rasa majikan sengaja menipu?

Kadang-kadang pekerja tak cakap apa-apa, tapi mereka pendam rasa tak puas hati.

Bila ini berlaku, hubungan antara pekerja dan majikan jadi tegang.

Lebih parah bila kita nampak HR sibuk, tapi hasil kerja tak nampak.

Apa yang kita lihat hanyalah kekecohan.

HR kelihatan hanya fokus buat kerja admin, sedangkan masalah utama dalam urusan manusia tak selesai. 

Masalah #2: Gaji Tinggi, Prestasi Rendah

Satu lagi cabaran besar ialah bila kita bayar gaji tinggi, tapi pekerja tak perform. Harapan kita tinggi, tapi bila hasil tak ada, kita rasa beban.

Bayar gaji besar tanpa hasil yang setimpal sangat menyakitkan untuk bisnes kecil yang berusaha keras nak teruskan operasi.

Masalah #3: HR Sibuk Dengan Kerja Rutin

Ramai tak sedar, HR buat banyak kerja yang tak nampak mata.

Dari semak timesheet harian, sampai uruskan tuntutan pekerja, kerja ini makan banyak masa.

Tapi pemilik bisnes sebenarnya nak lihat HR lebih fokus pada pengambilan pekerja berkualiti, latihan, dan urus bakat untuk capai matlamat syarikat.

Namun, kebanyakan HR hanya mampu buat kerja-kerja rutin ini kerana bajet untuk hire HR yang betul-betul hebat agak terhad, terutama untuk bisnes kecil dan sederhana.

Penyelesaian #1: Nisbah HR per Pekerja

Satu cara untuk pastikan HR berfungsi dengan baik ialah dengan tahu berapa nisbah HR yang diperlukan mengikut bilangan pekerja.

Golden rule dia adalah 1 HR kepada 40 pekerja (1:40).

Contohnya, untuk 40 pekerja, anda perlukan seorang Eksekutif HR yang berkelayakan dengan gaji minimum RM4,500 yang betul boleh buat kerja tanpa menganggu anda dan beri result cantek.

Tapi, kalau anda ada kurang daripada 40 pekerja, mungkin anda perlu pertimbangkan gabungkan HR ke dalam operasi atau outsourse kerja-kerja HR.

Penyelesaian #2: Gabung HR Dalam Operasi

Bila HR digabungkan dengan operasi, kerja mereka jadi lebih sistematik.

Semua tugas seperti pengambilan pekerja, pengurusan gaji, dan latihan pekerja boleh diuruskan dalam bentuk workflow yang teratur.

Kaedah **kanban** membolehkan setiap tugas HR bergerak dari satu fasa ke fasa seterusnya dengan jelas.

Dengan cara ini, walaupun pekerja HR junior mampu selesaikan kerja dengan baik.

Kalau anda kekurangan bajet, cara ini boleh membantu.

Atau, anda boleh outsourse HR kepada penyedia yang sudah ada sistem aliran kerja yang terbukti.

Bagaimana Kami Boleh Bantu Semasa Sesi Teh Tarik Percuma


Di **PeopleWorks.ai**, kami uruskan 27 aliran kerja kritikal untuk HR. Ini semua berdasarkan pengalaman bertahun-tahun kami dalam industri.

  • Kami boleh kongsikan cara gunakan proses Kanban dalam syarikat anda supaya setidaknya anda boleh mulakan proses ini secara berperingkat.
  • Kami juga boleh tunjukkan bagaimana jadikan Eksekutif HR anda sebagai pengurus sumber manusia yang lebih fokus kepada pembangunan budaya organisasi yang menyokong matlamat syarikat.

Semua ini kami akan kongsikan lebih lanjut dalam sesi **coffee talk** kami yang akan datang.

Ia percuma, dan anda boleh terus amalkan apa yang anda pelajari dalam bisnes anda.

Kenapa Kami Buat Ini Secara Percuma?

Ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami.

Kami percaya, sebagai firma HR yang komited menyelesaikan masalah paling mencabar dalam bisnes, adalah penting untuk kami berkongsi ilmu yang boleh membantu komuniti perniagaan.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut dan sertai **coffee talk** kami, daftar sekarang!